MISI SEKOLAH :
MEMBERI PENDIDIKAN TERBAIK BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG SELARAS DENGAN ASPIRASI NEGARA


VISI SEKOLAH :
SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN


MISI KOKURIKULUM :
MEMBIMBING DAN MELIBATKAN SEMUA PELAJAR SECARA PROAKTIF DALAM PELBAGAI BIDANG KO-AKADEMIK, UNIT BERUNIFORM, SUKAN DAN PERMAINAN SEHINGGA MENCAPAI STANDARD TERTINGGI

VISI KOKURIKULUM :
MENJANA KECEMERLANGAN KOKURIKULUM MENJADI TERBAIK DI PERINGKAT KEBANGSAAN

Wednesday, July 28, 2010

ROBOTIK


ROBOTIK

lawatan Pengerusi Kluster


Robotik SKSAT pernah menjadi
Johan Robotik Peringkat Kebangsaan
dan mewakili Malaysia ke Korea Selatan


Pertandingan Robotik - Cungkil bakat saintis muda
TERKINI bidang sains dan teknologi (S&T) menguasai kehidupan manusia. Bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan, usaha awal perlu dilakukan bagi melahirkan generasi yang pakar dalam bidang berkenaan pada masa depan.

Justeru Kementerian Pendidikan mempunyai rencah tersendiri bagi menarik golongan remaja terutama pelajar sekolah untuk memupuk minat mereka dalam bidang-bidang berkaitan S&T.

Pertandingan Robotik Remaja Kebangsaan (MJRC) 2003 baru-baru ini merupakan antara beberapa projek penggalakan bidang S&T membabitkan kerjasama Kementerian Pendidikan dengan agensi kerajaan dan pihak swasta.

MJRC 2003 anjuran Pusat Sains Negara (PSN) pada 14 Ogos lalu merupakan projek perintis yang bertujuan menggalak serta mencungkil bakat pelajar sekolah dalam bidang robotik.

Projek tersebut yang mendapat kerjasama Tithes Corporation Sdn. Bhd., iaitu pengedar tunggal permainan LEGO menerusi Bahagian Pendidikan LEGO syarikat berkenaan.

Projek perintis itu telah disertai oleh sebanyak 43 buah sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara.

Sekolah-sekolah terbabit telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sejak Oktober lepas adalah berdasarkan keaktifan, potensi dan prestasi masing-masing dalam pembangunan bidang S&T.

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat sekolah menengah dan peringkat sekolah rendah, melibatkan sebanyak 21 buah sekolah menengah dan 22 buah sekolah rendah.

Kategori sekolah menengah terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua manakala kategori sekolah rendah pula terdiri dari murid tahun empat hingga enam.

Menurut Pengarah PSN, A. Jayanath, pertandingan memerlukan pelajar menggunakan kreativiti serta berfikir secara kritikal bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.

Katanya, kemahiran untuk memprogramkan robot melaksanakan sesuatu tugas memerlukan pelajar menguasai kemahiran asas komputer.

``Pertandingan seumpama ini bukan sahaja merupakan aktiviti hands on yang menyeronokkan tetapi juga memberi peluang pelajar menggunakan serta meningkatkan kemahiran-kemahiran dalam bidang S&T.

``Malah ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan pembangunan S&T menerusi IT di kalangan generasi muda,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan MJRC 2003 yang diadakan di PSN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertandingan MJRC 2003 menyaksikan robot Superhero- Penyelamat Pantai ciptaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah memenangi Johan Kategori Sekolah Rendah.

Johan Kategori Sekolah Menengah pula dimenangi oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menerusi ciptaan robot Bionic.

Hadiah-hadiah berupa sebuah trofi dan empat medal untuk setiap peserta berkumpulan telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, Datuk Dr. Sharifah Aminah Syed Zain.

SK Sultan Ahmad Tajuddin terdiri daripada empat saintis muda iaitu Mohd. Ariff Mahmud, Muhammad Syahrul Nizam Mohd. Rabi, Mohd. Aiman Aqeem Azizan dan Mohd. Amirul Haziq Ibrahim serta seorang guru pembimbing, Ahmad Rafidi Basroh.

MCKK pula terdiri daripada Ahmad Faiz Zamri Ahmad Nizar, Mohamed Danial Alias, Mohamad Rizzuan Azmi dan Mohammad Idraki Mohd. Khalil serta seorang guru pembimbing, Norkhaizan Mohamed Bandi.

Ketika ditemui pemberita, kedua-dua wakil sekolah berkenaan menyatakan rasa bangga dan gembira kerana terpilih mewakili negara dalam pertandingan robotik peringkat antarabangsa.

Mohd. Amirul Haziq, 10, berkata, beliau bersama rakan pasukannya berazam untuk melakukan terbaik untuk mengharumkan nama negara.

``Kami hendak buktikan bahawa anak Malaysia juga setanding dengan peserta peringkat antarabangsa dalam bidang robotik,'' katanya yang ditemani guru pengiring, Ahmad Rafidi Basroh.

Sementara itu, Mohammad Idraki dari MCKK pula sama sekali tidak menyangka pasukannya terpilih memenangi Pertandingan MJRC 2003 kerana saingan sengit dari sekolah-sekolah lain.

``Ini merupakan satu penghargaan besar kepada kami, sekali gus memikul tanggungjawab besar untuk mengharumkan nama negara,'' katanya.

Kesemua peserta berharap dapat mewakili rantau Asean dalam pertandingan yang akan diadakan di Eropah atau Amerika Syarikat.












No comments:

Post a Comment