MISI SEKOLAH :
MEMBERI PENDIDIKAN TERBAIK BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG SELARAS DENGAN ASPIRASI NEGARA


VISI SEKOLAH :
SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN


MISI KOKURIKULUM :
MEMBIMBING DAN MELIBATKAN SEMUA PELAJAR SECARA PROAKTIF DALAM PELBAGAI BIDANG KO-AKADEMIK, UNIT BERUNIFORM, SUKAN DAN PERMAINAN SEHINGGA MENCAPAI STANDARD TERTINGGI

VISI KOKURIKULUM :
MENJANA KECEMERLANGAN KOKURIKULUM MENJADI TERBAIK DI PERINGKAT KEBANGSAAN

Tuesday, July 28, 2009

Kebitaraan Tenis



sebahagian dari murid kebitaraan tenis mendapat tunjuk ajar
dari cikgu Rahim




Tenis

Jaguh-jaguh SKSAT

Sejak tahun 2000-2005 kemenjadian murid SKSAT dalam kegiatan kokurikulum terselah apabila saban tahun murid ini telah menjejak di pentas akhir pertandingan di peringat kebangsaan.
####################################################################

Antara kejayaan-kejayaan murid di peringkat kebangsaan
2000 - Norfarahin Sharif - Pingat Emas lontar peluru MSSK dan MSSM serta memecah rekod kebangsaan bawah 12 tahun. Murid ini telah terpilih sebagai 'Olahragawati MSSM Bawah 12 Tahun" di kejohanan tersebut
2001 - Norfarahin telah terpilih dan memenangi Angerah Harapan Bawah 12 anjuran Milo MSN dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau seterusnya melannjutkan pelajaran ke Kolej Tunku Kursiah Seremban.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


2000 - Nur Ilham Aina Muhsin menjadi johan Pidato Piala Diraja negeri dan seterusnya di peringkat kebangsaan, beliau telah memenangi tempat kedua(Naib Johan) Pidato Piala DiRaja Peringkat Kebansaan.
Dalam tahun yang sama murid ini telah mewakili Malaysia ke Persidangan Kanan-kanak di Fukoaka Jepun. Beliau juga terpilih sebagai murid pintar cemerlang anjuran Mc'Donald yang melayakkannya berkunjung ke Australia. Anugerah ini diberikan kepada murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum di peringkat kabangsaan. Murid ini telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

2002 - Pasukan Bolasepak SKSAT menjadi Nain Johan Bolesepak Streeet Soccer Kebangsaan Piala Raja Faizzudin setelah tewas penalti kepada pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di Kangar.
Pasukan ini juga telah mendapat tempat Ketiga MSSK Bawah (12)di Baling.
Dalam Pertandingan Piala Pengarah Pelajaran Kedah yang berlangsung di Sik yang di sertai sebanyak 60 pasukan yang mewakili setiap daerah, pasukan SKSAT telah
menjadi JUARA

************************************************************************************
2002 - Nur Amira Roslee telah menjadi Johan Kebangsaan Kuiz Bestari Koko Krunch. Pertandingan ini diadakan di Kuala Lumpur. Kemenangan ini memboelhkan pihak penaja Koko Krunch telah membuat "kenduri" besar kepada murid SK.Sultan Ahmad Tajuddin.
//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////


Naib Johan
ARKIB : 01/09/2003

Pasangan adik-beradik ke peringkat akhir (gambar atas)

DUA pasangan adik beradik dari Pahang dan Kedah adalah antara peserta yang akan bersaing pada pertandingan akhir Kategori C (Sekolah Rendah) Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka ExxonMobil-Utusan 2003, Sabtu ini.

Muhammad Amsyar Mohd. Azli Lee dan Abdul Halim dari SK Seri Biram, Pekan Pahang akan menentang Nurliyana Khalidah Ahmad Sukri dan Nur Fatin Akmal dari SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah di samping empat pasangan lain.

Bagi pertandingan yang berlangsung pukul 10 pagi di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, Amsyar dan Alim akan menyampaikan puisi Taman Peradaban karya Shamsudin Othman manakala Murliyana dan Nur Fatin mendeklamasikan puisi Hashim Yaacob berjudul Kitalah Tuan.

Bagaimanapun, pasangan adik beradik ini tentunya tidak akan diberi laluan mudah oleh peserta lain. Muhammad Izz Taufiq Sazalee dan Erniey Farha Hafizal dari SK Jelawat, Bachok, Kelantan akan memberikan tentangan hebat menerusi puisi pilihan mereka, Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga karya Sazalee Yaacob.

Peserta duet dari SK Lubok Kelubi, Hulu Langat, Selangor iaitu Ikmal Din Baharudin dan Mohd. Hanafi Hafizal memilih puisi Wasiat Rimba Merdeka karya Hassan Jaidin.

Pasangan lain ialah Nur Afifah Mustapha dan Luqman Nulhakeem Abd. Rahim dari SK Sungai Binjai, Meru, Selangor akan mendeklamasikan puisi Suara Anak Merdeka karya Zaidin Abadi.

Puisi Keranamu Malaysia karya Ahmad Sarju menjadi pilihan perjuangan naib johan tahun lalu, Umi Nazirah Mustapa dan pasangannya Muhammad Haziq Md. Khairul Anuwar dari SK Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Pertandingan yang berlangsung sejak tiga bulan lalu ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori A (Terbuka), Kategori B (Sekolah Menengah) dan Kategori C (Sekolah Rendah).

Pertandingan kali ke-2 anjuran ExxonMobil-Utusan menawarkan hadiah RM2,000 dan piala bagi johan, RM1,000 dan piala untuk naib johan dan RM700 dan piala di tempat ketiga manakala RM400 bagi setiap peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

Panel hakim peringkat akhir ialah Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob, Zaen Kasturi dan Lim Swee Tin manakala hadiah akan disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Pertandingan Robotik - Cungkil bakat saintis muda

TERKINI bidang sains dan teknologi (S&T) menguasai kehidupan manusia. Bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan, usaha awal perlu dilakukan bagi melahirkan generasi yang pakar dalam bidang berkenaan pada masa depan.

Justeru Kementerian Pendidikan mempunyai rencah tersendiri bagi menarik golongan remaja terutama pelajar sekolah untuk memupuk minat mereka dalam bidang-bidang berkaitan S&T.

Pertandingan Robotik Remaja Kebangsaan (MJRC) 2003 baru-baru ini merupakan antara beberapa projek penggalakan bidang S&T membabitkan kerjasama Kementerian Pendidikan dengan agensi kerajaan dan pihak swasta.

MJRC 2003 anjuran Pusat Sains Negara (PSN) pada 14 Ogos lalu merupakan projek perintis yang bertujuan menggalak serta mencungkil bakat pelajar sekolah dalam bidang robotik.

Projek tersebut yang mendapat kerjasama Tithes Corporation Sdn. Bhd., iaitu pengedar tunggal permainan LEGO menerusi Bahagian Pendidikan LEGO syarikat berkenaan.

Projek perintis itu telah disertai oleh sebanyak 43 buah sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara.

Sekolah-sekolah terbabit telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sejak Oktober lepas adalah berdasarkan keaktifan, potensi dan prestasi masing-masing dalam pembangunan bidang S&T.

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu peringkat sekolah menengah dan peringkat sekolah rendah, melibatkan sebanyak 21 buah sekolah menengah dan 22 buah sekolah rendah.

Kategori sekolah menengah terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua manakala kategori sekolah rendah pula terdiri dari murid tahun empat hingga enam.

Menurut Pengarah PSN, A. Jayanath, pertandingan memerlukan pelajar menggunakan kreativiti serta berfikir secara kritikal bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.

Katanya, kemahiran untuk memprogramkan robot melaksanakan sesuatu tugas memerlukan pelajar menguasai kemahiran asas komputer.

``Pertandingan seumpama ini bukan sahaja merupakan aktiviti hands on yang menyeronokkan tetapi juga memberi peluang pelajar menggunakan serta meningkatkan kemahiran-kemahiran dalam bidang S&T.

``Malah ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan pembangunan S&T menerusi IT di kalangan generasi muda,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan MJRC 2003 yang diadakan di PSN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertandingan MJRC 2003 menyaksikan robot Superhero- Penyelamat Pantai ciptaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah memenangi Johan Kategori Sekolah Rendah.

Johan Kategori Sekolah Menengah pula dimenangi oleh Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) menerusi ciptaan robot Bionic.

Hadiah-hadiah berupa sebuah trofi dan empat medal untuk setiap peserta berkumpulan telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum, Datuk Dr. Sharifah Aminah Syed Zain.

SK Sultan Ahmad Tajuddin terdiri daripada empat saintis muda iaitu Mohd. Ariff Mahmud, Muhammad Syahrul Nizam Mohd. Rabi, Mohd. Aiman Aqeem Azizan dan Mohd. Amirul Haziq Ibrahim serta seorang guru pembimbing, Ahmad Rafidi Basroh.

MCKK pula terdiri daripada Ahmad Faiz Zamri Ahmad Nizar, Mohamed Danial Alias, Mohamad Rizzuan Azmi dan Mohammad Idraki Mohd. Khalil serta seorang guru pembimbing, Norkhaizan Mohamed Bandi.

Ketika ditemui pemberita, kedua-dua wakil sekolah berkenaan menyatakan rasa bangga dan gembira kerana terpilih mewakili negara dalam pertandingan robotik peringkat antarabangsa.

Mohd. Amirul Haziq, 10, berkata, beliau bersama rakan pasukannya berazam untuk melakukan terbaik untuk mengharumkan nama negara.

``Kami hendak buktikan bahawa anak Malaysia juga setanding dengan peserta peringkat antarabangsa dalam bidang robotik,'' katanya yang ditemani guru pengiring, Ahmad Rafidi Basroh.

Sementara itu, Mohammad Idraki dari MCKK pula sama sekali tidak menyangka pasukannya terpilih memenangi Pertandingan MJRC 2003 kerana saingan sengit dari sekolah-sekolah lain.

``Ini merupakan satu penghargaan besar kepada kami, sekali gus memikul tanggungjawab besar untuk mengharumkan nama negara,'' katanya.

Kesemua peserta berharap dapat mewakili rantau Asean dalam pertandingan yang akan diadakan di Eropah atau Amerika Syarikat.




Utusan Malaysia
Isnin 25 April 2005

Nur Ameera, Syed Nabil Tokoh Pembaca Nilam Kebangsaan

Kuala Lumpur 24 April - Nur Ameera Faiz Zulkifli,12, dan Syed Nabil Shahabudin Syed Zulkifli, 17, dipilih sebagai Tokoh Pembaca Nilam Kebangsaan 2005 di sini, malam ini.
Nur Ameera pelajar tahun enam SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah yang membaca 1,124 buah buku sejak tahun satu adalah johan kategori sekolah rendah.
Syed Nabil Shahabudin, pelajar tingkatan lima Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah pula yang membaca 650 buah buku muncul juara kategori sekolah menengah.
Kedua-dua mereka menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1,100, piala dan sijil penghargaan.
Hadiah tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon pada Majlis Anugerah Nilam 2005 di ibu negara pada hari ini.
Turut hadir sebagai tetamu khas ialah Tokoh Nilam Kebangsaan 2004 yang juga pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dengan pencapaian 17A1, Nur Amalina Che Bakri.


Nur Ameera ketika di temui berkata, beliau telah berjaya membaca sejumlah 1,124 buah buku itu sejak di tahun satu untuk memenuhi syarat-syarat mencapai tahap Jauhari, iaitu pembacaan 360 ke atas bagi bagi kategori sekolah rendah.


"Saya mendapati melalui pembacaan yang kerap dan bahan yang pelbagai banyak membantu meningkatkan pencapaian akademik.


Beliau yang meminati bidang teknologi dan pembelajaran yang mencabar akan mengambil aliran sains apabila memasuki sekolah menengah tahun hadapan.


Syed Nabil pula meluahkan rasa bersyukur kerana berjaya merangkul anugerah tersebut dan mengikuti jejak langkah pelajar cemerlang, Nur Amalina Che Bakri yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2004.


"Saya berjaya melepasi tahap pembacaan 288 buah buku ke atas bagi memenuhi kriteria tahap Jauhari Nilam, iaitu sebanyak 650 buah buku," ujarnya.




-Johan NILAM dan Tokoh Pembaca Kebangsaan-
Hadiah disampaikan oleh KPPM
Datuk Ahmad Sipon
************************************************************************************







SELAMAT DATANG KE SKSATajuddin
,

Jitra Kedah. - 04 9171277

Merupakan sekolah KLUSTER (sk) pertama di negeri Kedah. Sebelum dinobatkan sebagai sekolah kluster, SKSAT pernah mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan sebagai :
2000 - Sekolah 3K
2001 - Sekolah Harapan Negara
2002 - Sekolah Kualiti Menteri Pendidikan
2004 - Pusat Sumber Cemerlang Kebangs
2007 - Anugerah BOSS
2008 - Sekolah Kluster Cemerlang


Kecermerlangan UPSR dan kemenjadian murid dalam bidang kokurikulum serta usaha guru yang berterusan telah meletakkan SKSAT ke tahap ini. Antara kejayaan murid di peringkat kebangsaan ialah Johan ROBOTIK Kebangsaan dan mewakili negara ke Korea Selatan ,Johan NILAM Kebangsaan, Johan Kuiz Bestari Koko Krunch, Naib Johan Puisi Kemerdekaan Kebangsaan dan kecemerlangan murid dalam pengucapan awam (Pidato Piala DiRaja, 6 tahun berturut mewakli negeri ke peringkat kebangsaan :2 kali menjadi Naib Johan Kebangsaan : serta 4 tahun mewakili negeri dalam pertandingan NILAM ke peringkat kebangsaan)telah melonjakkan nama SKSAT dan pada 2008 murid SKSAT telah berjaya menjadi Johan Sketsa Smart Street Petronas Kebangsaan..