MISI SEKOLAH :
MEMBERI PENDIDIKAN TERBAIK BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG SELARAS DENGAN ASPIRASI NEGARA


VISI SEKOLAH :
SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN


MISI KOKURIKULUM :
MEMBIMBING DAN MELIBATKAN SEMUA PELAJAR SECARA PROAKTIF DALAM PELBAGAI BIDANG KO-AKADEMIK, UNIT BERUNIFORM, SUKAN DAN PERMAINAN SEHINGGA MENCAPAI STANDARD TERTINGGI

VISI KOKURIKULUM :
MENJANA KECEMERLANGAN KOKURIKULUM MENJADI TERBAIK DI PERINGKAT KEBANGSAAN

Friday, July 30, 2010

EKUIN SKSAT








MyMetro 25/08/09

Pelajar seronok naik kuda

Pelajar seronok naik kuda
PENUBUHAN Kelab Kuda Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT), Jitra, Kedah membolehkan pelajarnya mempelbagaikan aktiviti kokurikulum di sekolah itu.
>>Teks dan Gambar Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my



>Profil

NAMA SEKOLAH: Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah

TARAF: Sekolah Kluster
GURU BESAR: K Thachanamurthy
GURU PENYELARAS: Ali Idris
BILANGAN GURU: 85
BILANGAN MURID: 1,104
NAMA KELAB: Kelab Kuda SKSAT
TARIKH DITUBUHKAN: 2006
AHLI: 15

PENUBUHAN Kelab Kuda Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT), Jitra, Kedah membolehkan pelajarnya mempelbagaikan aktiviti kokurikulum di sekolah itu.
Walaupun belum menjuarai sebarang kejohanan sejak ditubuhkan tiga tahun lalu, sambutannya amat menggalakkan.
Sukan berkuda itu turut mendapat sokongan ibu bapa pelajar.
Guru penyelarasnya, Mohd Ali Idris, berkata kelab itu ditubuhkan bagi meluaskan lagi aktiviti di sekolah itu dan memupuk minat pelajar terhadap sukan berkenaan.
"Kami berharap pelajar merasai sendiri keseronokan menunggang kuda, mengurus dan memahami haiwan itu.
"Sukan ini memupuk pelajar lebih berdisiplin dan berakhlak mulia," katanya.
Pelajar pernah menyertai pelbagai kejohanan seperti Pertunjukan Kuda Antarabangsa di Terengganu dan Pulau Pinang.
"Kelab kuda ini mendapat kerjasama Pusat Ekuin Darulaman serta Majlis Ekuin Malaysia bagi membolehkan pelajar menjalani latihan di pusat itu.
"Latihan diadakan dua kali seminggu dengan mengajar teknik menjaga dan menunggang kuda," katanya.
Pada peringkat permulaan, pelajar akan menunggang kuda dengan bimbingan jurulatih supaya mereka dapat mempelajari teknik pergerakan badan haiwan itu.
"Apabila pelajar dapat mengawal badan serta teknik menunggang betul, mereka dibenarkan menunggang tanpa bantuan jurulatih," katanya.
Kelab itu terbuka kepada semua pelajar dari tahun satu hingga enam.
Seorang ahli kelab, Mohd Akmaluddin Ali, 10, berkata dia berminat menyertai kelab itu kerana sukakan kuda.
Menurutnya, sukan itu sangat lasak dan memerlukan ketahanan mental terutama mengawal pergerakan kuda.
"Saya bertuah mewakili kelab ke mana-mana kejohanan kerana ramai kawan tidak dapat menyertainya akibat fobia terjatuh ketika menunggang kuda," katanya.
Rakannya, Afifah Munawarah Mohd Amir, 11, berkata dia gembira menyertai sukan lasak dan mencabar itu.
Afifah yang menyertai kelab itu sejak dua tahun lalu berharap penyertaannya itu menjadi pembakar semangatnya menjadi penunggang kuda profesional.
"Walaupun pernah beberapa kali terjatuh, saya tetap bersemangat, apatah lagi hubungan baik dengan haiwan itu," katanya.

Kelab Ekuin ini ditubuhkan pada 2006 dengan kerjasama
Ekuin Darulaman. Kelab ini diketuai oleh Cikgu Ali Idris





  • Mewujudkan penglibatan meluas dengan penubuhan Kelab Poni di sekolah-sekolah disamping membina minat dan rasa cinta pada kuda
  • Menggalakan pelajar-pelajar menunggang disamping menikmati keseronokan dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kuda
  • Memberi latihan dalam menunggang dan pengurusan serta mendidik penunggang menjaga serta mengurus kuda dengan betul
  • Membina dan mempertingkatkan semangat kesukanan dan membina sifat kerakyatan yang tinggi kearah pembinaan akhlak dan disiplin diri

Objektif RISP
  • Mengadakan kerjasama antara Majlis Ekuin Malaysia dengan Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pusat-Pusat Ekuin
  • Menubuhkan Kelab Poni di semua pusat ekuin dan sekolah
  • Mewujudkan satu organisai dengan latihan yang berstruktur berlandaskan konsep Kelab Poni dan pelaksanaan projek


No comments:

Post a Comment