MISI SEKOLAH :
MEMBERI PENDIDIKAN TERBAIK BAGI MELAHIRKAN MODAL INSAN CEMERLANG SELARAS DENGAN ASPIRASI NEGARA


VISI SEKOLAH :
SKSAT SEKOLAH TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN


MISI KOKURIKULUM :
MEMBIMBING DAN MELIBATKAN SEMUA PELAJAR SECARA PROAKTIF DALAM PELBAGAI BIDANG KO-AKADEMIK, UNIT BERUNIFORM, SUKAN DAN PERMAINAN SEHINGGA MENCAPAI STANDARD TERTINGGI

VISI KOKURIKULUM :
MENJANA KECEMERLANGAN KOKURIKULUM MENJADI TERBAIK DI PERINGKAT KEBANGSAAN

Friday, July 30, 2010

Panitia B.Melayu

Naib Johan Pidato Piala DiRaja 2007

ARKIB : 18/08/2007 Utusan Malaysia

Ariff johan Pidato Piala Diraja Peringkat Kebangsaan

PUTRAJAYA 17 Ogos – Pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja, Ariff Azali Azman menewaskan enam peserta lain untuk muncul sebagai johan pada pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Kebangsaan Ke-25 bagi kategori sekolah menengah di sini hari ini.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim Johor Bahru, Amira Aisya Abdul Aziz pula menjadi johan bagi kategori sekolah rendah.

Kemenangan itu membolehkan Ariff Azali membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM1,000 manakala Amira Aisya pula menerima sebuah piala pusingan, piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM800.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Pertandingan kali ini diadakan dalam dua kategori iaitu sekolah menengah dan sekolah rendah.

Enam peserta layak ke peringkat akhir bagi kedua-dua kategori itu daripada 32 penyertaan di seluruh negara.

Tempat kedua bagi kategori menengah dimenangi oleh Muhammad Rafi Md. Yusop dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang) dan ketiga, Nurul Hidayah Sulaiman dari Sekolah Menengah Sains Muar (Johor).

Masing-masing menerima sebuah piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM800 dan RM600.

Bagi kategori sekolah rendah, tempat kedua disandang oleh Nur Farah Hanim Ahmad Nazri dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (Kedah) dan Fatin Fatini Ismadi dari Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah (Perlis) di tempat ketiga.

Masing-masing menerima sebuah piala iringan, sijil penyertaan dan wang tunai RM600 dan RM400.

Naib Johan Kebangsaan Penulisan Keusahawanan 2005



Naib Johan Penulisan Keusahawanan menerima hadiah
dari Dato' Khaled Mohd Nordin
Menteri Keusahawan dan Perusahaan Awam
di Johor Baharu

Naib Johan Kebangsaan Puisi Kemerdekaan 2003


Naib Johan Puisi Kemerdekaan Kebangsaan
Exxon Mobil/Utusan 2003
menerima hadiah dari
Datuk Zaharah Sulaiman


ARKIB : 01/09/2003

Pasangan adik-beradik ke peringkat akhir

DUA pasangan adik beradik dari Pahang dan Kedah adalah antara peserta yang akan bersaing pada pertandingan akhir Kategori C (Sekolah Rendah) Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka ExxonMobil-Utusan 2003, Sabtu ini.

Muhammad Amsyar Mohd. Azli Lee dan Abdul Halim dari SK Seri Biram, Pekan Pahang akan menentang Nurliyana Khalidah Ahmad Sukri dan Nur Fatin Akmal dari SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah di samping empat pasangan lain.

Bagi pertandingan yang berlangsung pukul 10 pagi di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, Amsyar dan Alim akan menyampaikan puisi Taman Peradaban karya Shamsudin Othman manakala Murliyana dan Nur Fatin mendeklamasikan puisi Hashim Yaacob berjudul Kitalah Tuan.

Bagaimanapun, pasangan adik beradik ini tentunya tidak akan diberi laluan mudah oleh peserta lain. Muhammad Izz Taufiq Sazalee dan Erniey Farha Hafizal dari SK Jelawat, Bachok, Kelantan akan memberikan tentangan hebat menerusi puisi pilihan mereka, Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga karya Sazalee Yaacob.

Peserta duet dari SK Lubok Kelubi, Hulu Langat, Selangor iaitu Ikmal Din Baharudin dan Mohd. Hanafi Hafizal memilih puisi Wasiat Rimba Merdeka karya Hassan Jaidin.

Pasangan lain ialah Nur Afifah Mustapha dan Luqman Nulhakeem Abd. Rahim dari SK Sungai Binjai, Meru, Selangor akan mendeklamasikan puisi Suara Anak Merdeka karya Zaidin Abadi.

Puisi Keranamu Malaysia karya Ahmad Sarju menjadi pilihan perjuangan naib johan tahun lalu, Umi Nazirah Mustapa dan pasangannya Muhammad Haziq Md. Khairul Anuwar dari SK Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Pertandingan yang berlangsung sejak tiga bulan lalu ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori A (Terbuka), Kategori B (Sekolah Menengah) dan Kategori C (Sekolah Rendah).

Pertandingan kali ke-2 anjuran ExxonMobil-Utusan menawarkan hadiah RM2,000 dan piala bagi johan, RM1,000 dan piala untuk naib johan dan RM700 dan piala di tempat ketiga manakala RM400 bagi setiap peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

Panel hakim peringkat akhir ialah Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob, Zaen Kasturi dan Lim Swee Tin manakala hadiah akan disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman.


Beradu nasib - 18 peserta ke pertandingan akhir

PESERTA Kategori B (Sekolah Menengah) yang bertanding di peringkat separuh akhir di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SERAMAI 18 peserta akan berentap merebut tempat terbaik bagi tiga kategori dalam Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka ExxonMobil-Utusan 2003. Mereka berjaya ke peringkat itu setelah melepasi peringkat separuh akhir yang melibatkan 64 peserta di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagi kategori A (Terbuka) peserta yang berjaya ke peringkat akhir ialah Mohd, Radzi Abdul Hamid dan Intan Marhayu Rahman yang mendeklamasikan puisi Ini Ruang Persembahan Sebuah Perjuangan karya Ratna Laila Sahidin.

Nor Zailani Mohd. Nuzi dan Ahmad Asri Khalbi juga juga berjaya ke peringkat akhir setelah mereka bertenaga mendeklamasikan puisi yang sama iaitu Ke Ruang Katarsis karya Zaen Kasturi.

Lain-lain peserta ialah Abdul Aziz Marzuki (Pamplet Kemerdekaan Kepada Generasiku karya Zainal Rashid Ahmad) dan Amaruszati Nor Rahim (Taman Peradapan karya Shamsuddin Othman).

Bagi Kategori B (Sekolah Menengah) yang menampilkan peserta secara duet memberi peluang kepada enam pasangan bertanding ke peringkat akhir.

Tan Sie Mai dan Noorain Abd. Rahman (SMK Convent, Klang, Selangor) berjaya ke peringkat ini setelah mendeklamasikan puisi Lagu Kemerdekaan karya Kemala. Mohd. Taufiq Junaidi dan Muhd. Firdaus Ismail (SMK La Salle, Sentul, Kuala Lumpur) memilih Di Hujung Pasir karya Jihaty Abadi manakala Syazza Izzatie Mohd. Rasidi dan Mohd. Othman Razali (SMK Tanah Merah, Kelantan) juga berjaya setelah mendeklamasikan karya Hashim Yaaco, Kitalah Tuan.

Dua pasangan dari SMK Teknik, Sungai Buluh, Selangor berjaya ke peringkat akhir iaitu Mohd. Amirul Hafiz Basuri dan Ikmal Khairil Azhar Ahmad Ruslan (Tok Janggut karya Rahimidin Zahari) serta Nur Afiqah Abu Bakar dan Nur Soffinas Zainol (Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga karya Sazalee Yacob).

Dari Perak pula muncul Wan Firdaus Abdul Rahim dan Nor Salasiah Rosli (SMK Temenggong Kati, Kuala Kangsar) yang mendeklamasikan karya Mohamad Salleh Rahmad, Mencari Wira.

Pertandingan akhir juga akan menyaksikan beberapa pelajar Kategori Sekolah Rendah (C) mengulangi kejayaan ke peringkat itu tahun lalu. Antaranya ialah Umie Nazirah Mustapa dan Ikmal Din Baharuddin.

Bagaimanapun, kali ini mereka tidak muncul secara solo. Umi Nazirah dan Muhammad Haziq Md. Khairul Anuwar (SK Teluk Gong, Pelabuhan Klang, Selangor) berjaya setelah mendeklamasikan puisi karya Ahmad Sarju, Kemerdekaan Itu.

Ikmal Din pula berpasangan Mohd. Hanafi Hafizal (SK Lubok Kelubi, Hulu Langat, Selangor) memilih karya Ami Masra, Pesan Pahlawan di Semantan. Turut layak ialah Muhammad Izz Taufiq Sazalee dan Erniey Farha Ahmad (SK Jelawat, Bachok, Kelantan) yang memilih sajak A. Samad Said, Di Sisi Menara.

Pasangan adik beradik, Muhammad Amsyar Mohd. Azli Lee dan Abdul Alim (SK Seri Biram, Pekan, Pahang) yang mendeklamasikan Mencari Wira karya Mohd Salleh Rahamad juga berjaya ke peringkat akhir.

Mempertaruhkan sajak Negeri Ini Anak karya Marsli N.O membawa tuah kepada satu lagi pasangan adik beradik dari SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah iaitu Nurliyana Khalidah Ahmad Shukri dan Nur Fatin Akmal.

SK Sungai Binjai, Meru, Klang juga berbangga apabila Nur Afifah Mustapha dan Luqman Nulhakeem Abdul Rahim berjaya ke peringkat akhir setelah mendeklamasikan puisi Merdeka karya S.M. Zakir.

Mereka dipilih oleh panel hakim; Prof. Madya Rahman Shaari, Rosminah Tahir, Siti Zaleha Hashim dan Lim Swee Tin.

Peserta akan bertanding untuk merebut hadiah RM2,000 (johan), RM1,000 (Naib Johan) dan RM700 (Ketiga) bagi setiap kategori. Manakala, peserta yang berjaya ke peringkat akhir diberi saguhati RM400.



PIDATO n NILAM KEBANGSAAN

Utusan Malaysia
Isnin 25 April 2005

Nur Ameera, Syed Nabil Tokoh Pembaca Nilam Kebangsaan

Kuala Lumpur 24 April - Nur Ameera Faiz Zulkifli,12, dan Syed Nabil Shahabudin Syed Zulkifli, 17, dipilih sebagai Tokoh Pembaca Nilam Kebangsaan 2005 di sini, malam ini.
Nur Ameera pelajar tahun enam SK Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah yang membaca 1,124 buah buku sejak tahun satu adalah johan kategori sekolah rendah.
Syed Nabil Shahabudin, pelajar tingkatan lima Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah pula yang membaca 650 buah buku muncul juara kategori sekolah menengah.
Kedua-dua mereka menerima hadiah berupa wang tunai berjumlah RM1,100, piala dan sijil penghargaan.
Hadiah tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Ahamad Sipon pada Majlis Anugerah Nilam 2005 di ibu negara pada hari ini.
Turut hadir sebagai tetamu khas ialah Tokoh Nilam Kebangsaan 2004 yang juga pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dengan pencapaian 17A1, Nur Amalina Che Bakri.

Nur Ameera ketika di temui berkata, beliau telah berjaya membaca sejumlah 1,124 buah buku itu sejak di tahun satu untuk memenuhi syarat-syarat mencapai tahap Jauhari, iaitu pembacaan 360 ke atas bagi bagi kategori sekolah rendah.

"Saya mendapati melalui pembacaan yang kerap dan bahan yang pelbagai banyak membantu meningkatkan pencapaian akademik.

Beliau yang meminati bidang teknologi dan pembelajaran yang mencabar akan mengambil aliran sains apabila memasuki sekolah menengah tahun hadapan.

Syed Nabil pula meluahkan rasa bersyukur kerana berjaya merangkul anugerah tersebut dan mengikuti jejak langkah pelajar cemerlang, Nur Amalina Che Bakri yang juga merupakan Tokoh Nilam Kebangsaan 2004.

"Saya berjaya melepasi tahap pembacaan 288 buah buku ke atas bagi memenuhi kriteria tahap Jauhari Nilam, iaitu sebanyak 650 buah buku," ujarnya.



-Johan NILAM dan Tokoh Pembaca Kebangsaan-
Hadiah disampaikan oleh KPPM
Datuk Ahmad Sipon



Pengarah Pendidikan Kedah Datok Abd Rahman Yob
menyambut kepulangan di lapangan terbang




Makna Pidato

Pidato ialah syarahan kepada umum, atas tajuk tertentu yang disampaikan oleh seorang penyampai yang dipanggil “pemidato”, mengandungi pendahuluan, isi, dan penutup.
Tujuan Pidato

Pidato bertujuan menyampaikan idea berkenaan sesuatu isu kepada hadirin, dalam masa yang sama meyakinkan hadirin tersebut melalui cara pembawaan pidato. Pemidato mestilah memahami tujuan pidato ini terlebih dahulu.




Johan Nilam Kebangsaan
Nur Ameera Faiz - Kategori Sekolah Rendah
Syed Nabil - Kategori Sekolah Menengah
Nur Amalina - Bekas Tokoh Nilam dan
18A SPM





KEPETAHAN PIDATO PIALA DIRAJA
PERINGKAT KEBANGSAAN
DAN NEGERI
Selama 6 tahun (2001 - 2007) SKSAT telah mewakili negeri Kedah
ke
Pertandingan Pidato Piala DiRaja Peringkat Kebangsaan:

2001 - Nur Ilham Aina Muhsin -
Naib Johan Kebangsaan

2002 - Nurul Husna Ahmad Nazri -
Johan Negeri
2003 - Raihanah Razali -
Johan Negeri
2004 - Ketiga Negeri

2005 - Nur Ameera Faiz Zulkifli -
Johan Negeri
2006 - Nur Farah Hanim Ahmad Nazri -
Johan Negeri
2007 - Nur Farah Hanim Ahmad Nazri -
Naib Johan Kebangsaan
2008 - Ketiga Negeri

(Latihan dikendali oleh Hjh.Nur Azni Yaacob dan Panitia BM)



NILAM MEMBACA

Selama 4 tahun (2003 - 2007) SKSAT telah mewakili negeri Kedah ke
Pertandingan NILAM MEMBACA Kebangsaan:
2003 - Irina Aziz bt Aziz Khan - Johan Negeri
2005 - Nur Ameera Faiz Zulkifli -

Johan Nilam dan Tokoh Pembaca Kebangsaan 2005

2006 - Nur Assyidah bt Abdul Razak - Johan Negeri
2007 - Nur Farah Hanim Ahmad Nazri -
Johan Negeri
2008 - Rahul al Pomprasit - Naib Johan Negeri

2009 - Tempat Ke-3 Negeri

(Diuruskan oleh : Puan Che Fatimah Ahmad dan PSS)


PENTAS YANG MELAHIRKAN JAGUH

No comments:

Post a Comment